Monday, January 5, 2009

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH 2009

Tanggal 16 Februari 2009 yang lalu, Unit Disiplin Sekolah di bawah Organisasi HEM telah menganjurkan Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Ketu Darjah dan Penolong Ketua Darjah, Pengawas SPBT, Pengawas Briget ICT dan Pengawas Kelas PKBP (Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran). Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG SKKK 1 En Abd Halim@Yunus b. Mohd Tahir dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Balai Kubang Kerian Chif Inspektor Azhar b. Muhammad. Majlis ini bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada 9.15 pagi. Chif Inspektor Azhar b. Muhammad telah menyampaikan pesanan-pesanan yang amat bermakna kepada pemimpin-pemimpin sekolah dan murid-murid SKKK 1. Antara pesanan yang disampaikan oleh Chif Inspektor Azhar agar murid-murid SKKK 1 menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang akan memudaratkan diri seperti ponteng sekolah, buli, merokok dan sebagainya. PK HEM berharap agar murid-murid dapat menjadikan amanat-amanat Ketua Polis sebagai panduan dalam menjaga keselamatan diri sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

No comments:

Post a Comment