Sunday, March 8, 2009




Satu majlis besar-besaran telah diadakan di SKKK1 pada 07 Mac 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..Ianya merupakan Majlis kesyukuran di atas Kecemerlangan Akademik yang dicapai pada tahun 2008,Mesyuarat Agung PIBG dan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UBB,UPSR 2008,khatam al Quran,Pen.Khas dan kecemerlangan kokurikulum.Majlis ini bermula jam 1.00 tgh hari dengan pendaftaran kehadiran ibubapa dan pelajar cemerlang,makan tengah hari,mesyuarat agung,acara persembahan murid dan seterusnya penyampaian hadiah.Majlis ini berjalan dengan begitu lancar kerana mendapat kerjasama yang padu daripada semua guru dan kakitangan SKKK1 dan juga JK PIBG SKKK1.

Wednesday, February 18, 2009

Monday, February 16, 2009

STRUKTUR ORGANISASI HEM SKKK1 2010

Pengerusi: Tn Hj Mohamed b Che Noh (GURU BESAR)

Timbalan Pengerusi: Pn. Norani bt Abdullah (PK HEM)

Setiausaha 1: En. Abd Razak b. Adahan

Setiausaha 2: Pn. Salwani bt Md Mahyidin


Bidang/Organisasi HEM:

  1. Pembangunan Insan: En. Mohamood b. Mat Hassan
  2. Disiplin: Pn. Che Zaiton bt Saleh
  3. Pengawas: Pn. Nik Arina bt Abdul Ghani
  4. Kebajikan Murid: Pn. Hjh. Meryam bt Majid
  5. RMTS: Pn. Wan Norhashimah bt Wan Ismail
  6. SMM: En. Abd. Razak b. Adahan
  7. Kesihatan/Bebas Denggi: YM Tg. Hanariah bt Raja Hassan
  8. Kantin: Pn. Wan Arina bt Wan Hamat
  9. Perayaan Dan Sambutan: Pn. Nik Masliza bt Nik Muhammad
  10. Kelab Pencegah Jenayah/Anti Dadah: En. Mohd Shakir b. Husain
  11. SPBT: Pn.Halina bt Aziz
  12. Rest Room: En. Zulkifli Ibrahim
  13. SDDM: En. Mohd Zaki b. Yaakub
  14. Kedai Sekolah: YM Tg. Masrol Hisham b. Tg. Mansor
  15. KWAPM: Pn. Khuzaimah bt Sulaiman
  16. SBT: Pn. Khuzaimah bt Sulaiman
  17. Bimbingan Kaunseling: En Mohd Razani b. Idris
  18. Badan Ehsan: Pn. Che Norazura bt Abdullah
  19. Aset Sekolah: En. Zulkifli Awang
  20. Bilik Guru:Pn. Norizam bt Hamzah
  21. Kelab Guru: Pn. Hjh. Aeina bt Yaccob
  22. Perhimpunan: Pn. Hjh.Wan Nor Fasidah bt Hassan
  23. Keselamatan Sekolah: En. Saini b. Tasnim
  24. Kebersihan/Keceriaan Sekolah: Pn. Hjh. Azizah bt Isa
  25. Galakan Menabung: En. Mohammad Zuki b. Ghani


Monday, January 5, 2009

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN SEKOLAH 2009

Tanggal 16 Februari 2009 yang lalu, Unit Disiplin Sekolah di bawah Organisasi HEM telah menganjurkan Majlis Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Ketu Darjah dan Penolong Ketua Darjah, Pengawas SPBT, Pengawas Briget ICT dan Pengawas Kelas PKBP (Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran). Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG SKKK 1 En Abd Halim@Yunus b. Mohd Tahir dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Balai Kubang Kerian Chif Inspektor Azhar b. Muhammad. Majlis ini bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada 9.15 pagi. Chif Inspektor Azhar b. Muhammad telah menyampaikan pesanan-pesanan yang amat bermakna kepada pemimpin-pemimpin sekolah dan murid-murid SKKK 1. Antara pesanan yang disampaikan oleh Chif Inspektor Azhar agar murid-murid SKKK 1 menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang akan memudaratkan diri seperti ponteng sekolah, buli, merokok dan sebagainya. PK HEM berharap agar murid-murid dapat menjadikan amanat-amanat Ketua Polis sebagai panduan dalam menjaga keselamatan diri sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

Saturday, January 3, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid SK Kubang Kerian 1 yang bermula pada 04 Januari yang lalu. Semoga anda semua belajar dengan bersungguh-sungguh.